Semua orang mengimpikan
kesihatan yang baik. Untuk mendapatkan kesihatan yang baik kita perlu
menjaga pemakanan agar seimbang dan sentiasa melakukan senaman bagi menyihatkan
badan. Selain daripada itu pengambilalan
makanan tambahan juga mampu mempertingkatkan tahap kesihatan. Kenapakah
kesihatan amat baik bagi kita manusia? Jika kita mempunyai kesihatan yang baik
terdapat pelbagai faedah yang kita akan perolehi daripadanya.
\
Pepatah ada mengatakan
bahawa 'kesihatan itu lebih baik daripada harta benda'. Jika kita
mengalami masalah kesihatan, kita tidak dapat melakukan aktiviti harian dengan
selesa. Malah kekayaan yang kita miliki juga tidak dapat kita nikmati
sepenuhnya. Sebagai contoh, jika kita menghidap penyakit kencing manis,
makanan yang sedap seperti daging dan udang tidak dapat kita makan
walaupun kita mampu membelinya. Kita juga tidak dapat melancong ke luar negara
walaupun kitamempunyai banyak wang.
Orang yang sihat juga
mempunyai badan yang lebih cergas dan bertenaga. Jika seseorang sihat itu
bekerja, dia dapatmelakukan kerja yang diberi dengan baik dan berkualiti. Di
negara kita banyak kempen telah dijalankan bagi mendidik masyarakat untuk
menjaga kesihatan diri seperti menjalankan 'Kempen Gaya Hidup Sihat' supaya
rakyat kekal sihat dan dapat bekerja dengan gigih. Keupayaan rakyat
bekerja dengan gigih akan dapat menjadikan negara maju dalam pelbagai
aspek.
Otak yang cerdas juga
datangnya daripada badan yang sihat. Otak yang
cerdas juga membolehkan kita berfikir dengan rasional apabila menghadapi
sesuatu perkara, seterusnya kitaakan menjadi lebih kreatif dan inovatif.
Sesungguhnya, negara kita amat memerlukan rakyat yang kreatif dan inovatif
untuk membolehkan negara menjadi maju dalam bidang sains dan teknologi. Jika kita
ingin menjadi pemimpin masyarakat yang berjaya, kita juga mesti mempunyai
kesihatan yang baik.
Kesihatan yang baik
juga berperanan menjadikan seseorang itu lebih bahagia. Jlka kita sihat, banyak
aktiviti yang boleh kita lakukan seperti melancong bersama keluarga. Sesungguhnya,
aktiviti yang dijalankan bersama-sama keluarga dapat mewujudkankeluarga
bahagia. Sebaliknya, jika kita sakit, kita akan menyusahkan ahli keluarga yang
lain. Orang yang tidak sihat akan membebankan keluarga untuk menjaga dan
mencari sumber kewangan bagi menampung kos rawatannya.
Orang yang sihat juga
dapat menyimpan wang. Orang yang sakit memerlukan wang untuk berbelanja
bagi merawat penyakit yang dihidapi. Tambahan pula kos rawatan bagi penyakit
yangberbahaya dan kronik amat mahal. Adakalanya rawatanpenyakit tersebut
hanya terdapat di luar negara. Jika kita sihat, wang yang kita miliki itu
boleh digunakan untuk melancong, membuat kebajikan atau membeli
barang-barang keperluan yang lain.