Buah Dabai Kaya Dengan Antioksida
Dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida terutama pada
bahagian kulitnya (buah) diikuti seluruh buah merangkumi kulit dan isi serta
isirung menjadikannya sangat berpotensi dipasarkan setanding dengan buah-buahan tempatan yang lain. sesetengah orang tak tahu mcm mana rupa buah dabai ni. jom tengok gambo
ni la rupa buah dabai |
walaupun saya ni anak jati sarawak, tapi jarang sangat saya dapat makan buah ni dulu, saya tak tahu pun dabai ni kaya dengan kandungan antioksida...kalau tau dulu, makan banyak2 untuk anti penuaan.. hehehe.buah dabai ni banyak terdapat di bahagian sibu,sarikei atau bintangor.
Buah Dabai memang mudah untuk disediakan iaitu
dengan merendamkannya ke dalam air sederhana panas untuk beberapa minit
sehingga ia menjadi lembut dan kemudian ditoskan airnya lalu dicampur dengan
sedikit garam dan ia sudah sedia untuk di makan. Bagi sesetengah individu buah
dabai lebih enak dimakan dengan kicap, tapi saya tak pernah pula makan dengan
kicap, biasa makan begitu saja atau campur dengan sedikit garam. Rasanya lemak2
dan rasa unik lah. tak tau nak cakap rasa macam mana. hehehe..nak rasa buah ni
pergi je sarawak, tapi buah ni bermusim la ye,kalau bukan musim dabai, memang x
jumpa lah. buah dabai ni juga sering diproses untuk dijadikan jeruk Dabai
No comments:
Post a Comment