Tuesday, August 4, 2015

Supplement untuk kesihatan berpanjangan



Makanan Tambahan untuk Kesihatan



Evolusi teknologi dalam bidang farmaseutikal membawa banyak perubahan dalam kehidupan manusia. Tahap kesihatan manusia semakin meningkat sejak evolusi farmaseutikal. Manusia pula semakin menyedari kesihatan yang sempurna sangat penting untuk menjamin kehidupan yang bahagia. Tubuh yang sihat akan membawa kepada  kecantikan dalaman dan seterusnya kecantikan luaran.


Makanan tambahan atau supplement adalah berbeza dengan ubat-ubatan yang didapati daripada klinik atau hospital. Ubat-ubatan daripada tempat tersebut dibuat daripada bahan kimia untuk menyembuhkan penyakit atau mengurangkan kesakitan. Tidak dinafikan pengambilan ubat-ubatan mampu menyembuhkan penyakit tetapi kadangkala memerlukan kos rawatan yang tinggi. Berbeza dengan pengambilan makanan tambahan. Makanan tambahan mampu mencegah penyakit malah meningkatkan tahap kesihatan. Umpama, “A tablet of supplement keep doctor away.”


Disebabkan tahap kesedaran terhadap kepentingan kesihatan yang baik semakin meningkat, pengambilan makanan tambahan (supplement) seakan-akan sudah menjadi gaya hidup kebanyakan pengguna moden hari ini. Sama ada dalam bentuk pil, kapsul, tablet, serbuk, cecair, semua berasaskan sebab yang sama, demi kecergasan atau kecantikan tubuh badan. Trend ini bukan sahaja dapat dilihat dikalangan wanita malah turut melibatkan golongan lelaki. Ini jelas membuktikan kesihatan merupakan sesuatu yang sangat penting dalam kehidupan.

Sebagai seorang yang sentiasa sibuk menguruskan keluarga, saya menyedari kesihatan sangat penting untuk memastikan keluarga sentiasa diberi perhatian. Saya tidak dapat membayangkan keadaan keluarga dan kerjaya jika saya jatuh sakit. Suatu hari ketika melayari internet saya terbaca satu artikel mengenai makanan tambahan Shaklee. Saya tertarik dengan testimoni para pengguna dan bahan-bahan yang digunakan dalam makanan tambahan tersebut. Kebaikan pengambilan makanan tambahan Shaklee juga menarik minat saya untuk mengetahui lebih lanjut mengenai makanan tambahan ini. Shaklee bukan sahaja untuk orang dewasa malah kanak-kanak juga boleh mengambil makanan tambahan ini. kenapa saya memilih Shaklee?? itu semua akan saya huraikan pada entry yang akan datang..

Jumpa lagi...